nuffnang ads

Thursday, November 14, 2013

Playboy Itu Suami Aku*eh suami kau

Assalamualaikum and ola readers!

Maaf kalau aku termeraban memalam cenggini. Actually lah kan..err err err..aku kan dah mengidam sangat nak makan cream puff yang gebu ala ala neelofa. Nyumm. Eh maaf terkantoi pulek, err sebenarnye bukan aku yang nak mengidam tapi..baby dalam perut ni..eh..perut aku ni...sedangku terkontang-kanting tergolek tergalak*eh terbaring kat depan tivi ni..biasalah..berangan sampai ke angkasa raya..uuu jauh bebenauuuu..

Gebu gedebuk kau ha

Ah malas nak meraban, sape tengok cite kat tivi 3 petang-petang tu? Ala yang ganti cite Love U Mr.Arrogant tu. Playboy itu Suami Aku..meh nak review sikit meh.



Jalan cite ni memule aku rasa agak slow..macam lembab gitu sebab tak berapa nak kenal pelakon die kan. Alih alih rasa macam pernah tengok laki ni ha..cite ape tah..cinta jannah kot..tak berapa nak ingat yang jadi kawan si Izaryl tu. Ah baideweyyy suweet sangat mamat ni. Hensem kau.

Memandangkan aku ni memang baik sangat dengan cik Google, terus je aku search sinopsis cite ni. Memang best la kan. Sebab nanti satu part tu time diorang dah kahwin, time masing-masing dah cintan gitu...si heroin ni eksiden and hilang ingatan. Jangan jadi cam cite Endon sudah la yek. Apa pon, soundtrack drama ni pon boleh tahan jugak cair hati den. Rindukanlah- Encik Mimpi.*cair ok bai..

Psst...akhirnya dapat jugak melantak cream puff yang gebu gedebok ala ala Neelofa Plus Cik Senah Belakang Rumah Tepi Rumah Jiran Nenek Bedah*comey nama.

captionless*kuang kang kang


“There is no love sincerer than the love of cream puff.” -orang gila

HAVE A NICE DAY READERS*tudia hang

Wednesday, November 13, 2013

Hadiah Tangkap Leleh.

Ola O la la readers!

Ku mulakan post kali ini dengan lagu yang agak tangkap leleh*bagi aku la..mari lah kita nyanyi ramai-ramai. Actually aku pon tak tangkap lagi lagu lagu cenggini, tapi first time tengok Love U Mr. Arrogant, aduhai tercacak bulu roma ku yang tak berapa nak ada sangat. "Aku di sini kan selalu menunggu, yang selalu ada di setiap waktumu, selalu menanti jawapanmu, untuk cinta yang terakhir ". Hoyeah!

Boys and Girls, bila menjelang je hari istimewa kamu dan si dia, for sure tak tentu arah kan? " Nak beli apa untuk sayang/mama/baby/gegurl besok ek? Ah kang dia tak suka pulak, erm beg tangan? Jenama apa eh? ". Trust me sayang, korang tak perlu nak habis duit bebanyak. Yang penting, keikhlasan tu. Show off sikit depan kekasihmu tu ha. Pada pendapat aku, girls or boys mesti suka something yang boleh buat kekasih angau kan? Semua benda ni aku pernah buat dan akan sentiasa buat untuk hangatkan lagi cinta aku dan dia.*gedik.

Baik lelaki or perempuan, keras macam mana pon, pasti terharu dan teruja bila korang tunjuk keikhlasan korang tu. Contohnya..

Small things.
Okay guys, tak perlu nak beli memahal, rembat je apa yang ada kat dalam bilik korang tu. Deodorant? Pen? IC? Lesen? Apa-apa je korang kumpul pastu letak dalam satu kotak. Confirm sayang. Dia akan ingat korang. Sebab apa? Sebab benda-benda tu selalu ada dengan korang. How sweet. It is not about the things we gave, it's all about the way we gave 'em. Usaha tu ha. Most Importante*bajet ala ala Mexico gitu!

contohnya IC lama korang cenggini ha, kasi je.

Next;

Things at bed.
Cenggini la, korang beli je lah bantal baru. Sudah sudah la dengan bantal busuk yang dah lemau kat atas katil tu. Kongsikan dengan yang tersayang. Wah sure si dia tak nak lepas bau semerbak alam bantal busuk korang tu. Pasni mak kejut bangun pergi kerja mesti tak nak punye...

Things u wear.
Kalau ada baju lama-lama yang dah tak muat pakai tu, daripada masuk tong sampah, baik derma je kat girls/boys memasing kan. Comel sikit. Jangan kasi spenda dah la. Buatnya lepas ni siapa-siapa jadi lembu pasangan memasing bukan salah aku ek? Aku tak tahu.

Sebenarnya banyak lagi benda korang boleh pikir. Just a bit creative dan usaha tangga kejayaan ek? Jangan lupa tu. Handmade card pon okay jugak. Pstttt, sesekali apa kata korang try post kata-kata cinta macam zaman dulu-dulu tu kat tempat dia bekerja or time dia tengah busy tak pikirkan korang. Confirm lepas ni lentok ah. Biar surprise gitu.

Okay, selamat mencuba. Kali ini..
Ku akhiri entry yang not so poyo ni dengan pose member aku yang tak berapa nak member sangat, Muthusamy anak lelaki Kadewaleyyyyah!

Maaf terjumpa kat google.
 Good Night Starlight, xo


Tuesday, November 12, 2013

ISTERI SEBAGAI SUAMI?

Ola.



Rasa-rasanya faham tak tajuk kat atas tu? Yup entri hari ni bernada serius okay. No more laughing. No more merapu-merapu, no more meraban time-time cenggini. Huargh*okay megantuk! Actually tajuk kat atas tu bukannya aku expert sangat memandangkan aku masih bujang kan. So i've never ever been through that kind of problemos or situationos*kuang kang kang! Maaf! Dah biasa ter'gila begini. Maaf ya? Okay, getting serious now. Entry kali ni aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sebagai permerhati or mata-mata masyarakat ya! Bukan nak jaga tepi kain orang, tetapi aku mengambil semua ini sebagai iktibar dan perngajaran bagi aku supaya tidak terlalu mengikut nafsu cinta semata-mata. Sebaiknya, kenal pasangan anda sebelum membuat keputusan untuk mengahwininya.

Hmm masa bercintalah dikatakan masa yang paling indah dalam kehidupan ni kan? Ku akui. Bila bercinta, kita menjadi lupa semua masalah kita. Masalah di kolej, di tempat kerja, masalah keluarga, masalah kewangan or else. Konon-konon dapat bila tatap muka si kekasih hati ni, semua masalah boleh selesai lah kan? Whatever lah. Setiap orang ada ceritanya yang tersendiri. Mengambil langkah pendek dengan percaya pada kata-kata cinta sang kekasih yang masih belum matang membuat keputusan...ha..dapat lah habuannya.

Perempuan dilahirkan dengan hati yang sangat lembut dan terlalu mudah sensitif. Lelaki, what should they do? They should've protect us! Lately, keliling aku banyak sangat aku tengok isteri-isteri yang bertungkus lumus mencari rezeki yang sepatutnya dilakukan oleh suami. Apa tugas si suami? NONE. Suami sebagai ketua keluarga. Tapi yang aku lihat sebahagiannya memang fail. Hanya ketua keluarga pada nama. No offense. Sebilangan lelaki begini mempunyai akal yang cetek sehinggakan sanggup membiarkan isteri memikul segala beban dan tugas yang sepatutnya dilakukan olehnya. See..? Kahwin muda sometimes adalah puncanya. Mengapa? Kerana pada ketika ini masing-masing baru nak rasa apa itu dunia.

Aku bukan bercakap pandai. Aku hanya salah seorang manusia yang memerhatikan dan kadang kala mendengar masalah mereka. Sebagai perempuan, aku mengerti. Nasib yang harus ditanggung sebagai seorang isteri malah menjadi suami sekaligus. Si suami seharusnya berkongsi masalah ini. Jangan nak lepas tangan je. Alih-alih tengok bola je. Or jangan kira nak tibai malam Jumaat je*faham kot.

Masalah macam ni memang selalu sangat berlaku. Some of you guys pon sure pernah tengok masalah macam ni kan? Well padanlah isteri lari tinggalkan keluarga. Husband should be husband. Ape pon, aku hanya mampu berdoa agar these kind of people mengecapi kebahagiaan yang tak terhingga suatu hari nanti. Masalah sebegini aku ambik pengajaran lah supaya one day aku dapat pilih lelaki yang protective dan tegas orangnya. Amin.

For isteri yang macam ni, I called them INDEPENDENT wives or EVERYTHING wives! Be strong and one day you'll conquer your own world. For sure, that time, you don't even knew your man.


“The trouble with some women is that they get all excited about nothing - and then marry him.” - Cher

Selamettt Malemmm readers. xo

Monday, November 11, 2013

BULU. ( Just for girls)

Hi readers.

How was your day? Ingatkan hari ni, 11 NOVEMBER tak nak buat entry sebab hari ni adalah hari yang paling membosankan dalam hidup aku sehinggalah pukul EMPAT tadi ya. Mataku terbeliak, terlopong*opps bm fail, apabila dikejutkan dan disadarrrrkan dari NUFFNANG ya tuan puan. Viewers aku melonjak naik daripada 89 viewers semalam dan hari ni hingga ke 337 viewers. Okay. Ada kenaikan di situ. Bermakna, tambah lagi la semangat aku nak berblog ni. Fine actually aku dah bersemangat kental sekarang. Bukan Bikers Kental yep!*merapu di siang hari.

Well for sure korang nampak tajuk kat atas tu kan? Ha..apa perasaan korang? Takut? Nervous? Geli? Aaa pelik?? Actually lah kan, perasaan aku bercampur baur. Ya macam-macam ada bak kata tokwan yang iklan kat Astro zaman dedulu. Hurm..BULU..ada apa dengan bulu?*ngantok pulak tetibe. Semua orang kenal bulu. Namun, aku memang tak baik dengan bulu bulu ni. Yelah kan, aku dilahirkan dengan kekurangan bulu tak kisah la di mana-mana sahaja okay. Bulu ketiak? Aku bebas darinya!*ayat poyo. Bagaimana dengan bulus bulusss lain? Aku masih bebas..bebas..bebas!

For girls, biasanya memang rimas dengan bulus-bulusan*memang fail. Ya for some girls yang dilahirkan hairy, memang agak distracted kan. Bukan apa. Renyah. Dah macam-macam method or cara digunakan. Once aku pernah baca satu post dekat dawnyang.sg macam mana si cantik molek ni kawal bulu bulu yang ada. Banyak treatment lah. Biasanya kalau nak senang pergi je buang guna laser. Memang tak tumbuh dah lah kan tapi kena ingat la...Kos..Kalau korang anak menteri tak ape. For typical girls la yang rasa bazir gila nak buat rawatan laser ni.., apa lagi..gunalah VEET!*okay aku memang nak promote.

Ha kalau tak nampak lagi, pakai goggles terus!

 Seperti yang korang lihat, Veet ni memang banyak produk dia..daripada hair removal cream sampailah ke wax strips cenggini ha. Waxing memang agak menyakitkan lah. Kaki Veet punya girls memang tahu lah tahap kesakitan dia tu macam mana. Ehem bak kata pepatah "beauty is pain". Faham kot noh? Nak cantik memang lah kena sakit. For sure gadis gadis ayu kat luar sana kuat kuat belaka. Aum! Price? Oh tak mahal mana pon. Tak lah sampai berpuluh puluh kan dear. Ala daripada belanja boyfriend makan, baik beli Veet dan nampak cantik sentiasa. Boyfriend pon lagi sayang.

Kalau cenggini licin, bapuk pon kalah.

Wax Strips ni kalau kita guna selalu, tempat yang biasa tumbuh bulu tu akan mogok dan merajuk tak nak lagi tumbuh. Best kan? Tapi kalau bagi girls yang tak nak habiskan duit dan rasa rugi sangat boleh je pakai pencukur bulu biasa. Tapi kena ingat lah, bulu yang akan naik lepas tu akan berubah rupa jadi setebal alam. Consider what is the best for you dear. Tapi kalau tak nak cukur jugak, konon-konon nak natural beaty pon boleh jugak sayang......and you will ended like this....

Comey sungguh awek ni posing. Awww!


*mohon jangan terasa hati. Gurau saja meh.

Have a fabulous day girls! Toddlesss..xo

Sunday, November 10, 2013

meNYETANkan diri!

Hi readers!

"Kususuli..malam ini..yang tidak berbintang sunyi sepi..."..ah memang dasar kaki berangan. Mengapakah hati ini sering menyimpan angan-angan yang tidak..@#$%^?*ye aku pon tak faham. Ah tiba-tiba teringin pulak nak dengar lagu tamil. Sweet sweet je kan? Berbelit dan terbelit lidahku. Aiyomaaa~lagilah sedap berangan sambil bergolek-golek terkontang-kanting di tempat peraduanku yang empuk ini.

Yes! You are right! Aku memang seperti yang korang sangkakan. Yep aku gila. Ku akui. "Katakan padaku kekasih..Kesilapan yang pernah ku lakukan dulu..Ternyata aku yang harus dipersalahkan.. Ku akui ..." Namun, jika difikirkan secara logik akal, orang gila tak mungkin mengaku dia gila. Right? It means, AKU MASIH WARAS!

Sebenarnya tak de point pon or apa apa tujuan aku menulis entry ni. Saja teringin nak menyetankan diri seketika. Ala. Kan dah janji nak jadi anak yang rajin. tengan rajin-rajinkan lah ni. " Itew janji itew nanak malas malas daaaaa "*meh penampor sedas! Siapa tahu? One day aku jadi blogger tegar ke kan..Oh. Speaking of Tegar, baru baru ni kat Langkawi ada Buskers Festival tau. Ah malas pulak nak cite pepanjang ni sebab annoying gila ter'STUCK dalan jam kat Pantai Chenang. Hergh dengan bawak budak budak time tu semata mata nak tengok si Tegar perform. Dah la datang lambat. Ye kite maklum. Retis kan...*annoyed mak!

This week mulalah aku terpaksa berpura pura menyibukkan diri. Iyolah kan..final exam tengah berlari lari anak nak datang kat aku. Come to mama please. 13 November! Oh lupa. Aku seorang pelajar jurusan diploma Computer System and Networking. Currently pelajar tahun akhir di sebuah institusi di Alor Setar. Huargh bosan ye dak? Krik krik krik...Bab pelajaran ni memang membosankan. No fun at all! Urgh tukar topic please. NEXT!

Cinta? Wah hati berbunga riang bagaikan kanak kanak riang. Yay! Hmm nak tuju lagu untuk yang tersayang boleh? Ini lagu request dari cik abang kite..tak tahu la betul ke idak tajuknye..layan je lah. Kehendak suami harus diturutkan tanpa sebarang bantahan. Yeah..Tengok? Bakal isteri mithali la katakan*serius rasa nak pelempang je minah ni. 



Alahai tak boleh besarkan ke video ni? Leceh la. Nampak messy gila. Abaikan lah. Yang penting, kata cik abang, lagu ni kenangan kiteorang baru kenal dulu. Betul ke? So sweet. Angau sekejap! Berulang ulang kali aku dengar lagu ni. Saja teringin pulak nak berada dalam mood cintan cintun macam ni kan... Enough! Cewah ber'omputih pulak kan. Ha selesai saja dengar lagu jiwang ni..mari kita dengar pulak lagu tidur malam. Dengan jampi serapah dia ni. Confirm lentok aku malam ni. Inilah dia lagu baru yang dipetik dari movie hindi Chennai Express. Oh lupa lagi. Aku fanatics fan of SHAHRUKH KHAN (srk). Bukan apa..layu lah tengok muka macho dia tu. Termimpi mimpi aku...yang bestnya, dah TAK mimpi lagi  bangun malam2 konon pergi toilet..sedar sedar dah basah.. Hooorayyy!*kantoi.




Dengan ini beta undur diri dan ingin mengucapkan selamat malam kepada rakyat jelata. Ku sudahi entry ku ini dengan pose poyo dan konon-konon bajet cute R.Madhavan ni la pulak.




Poyo kan?? Errrr..goodnight starlight, ola! xo



Tea Time Wedding Bakal Inspirasiku!

Ola readers,

Perkahwinan adalah satu ikatan yang menyatukan dua hati..*ini semua phoyo. Argh geli geli otakku memikirkan ayat yang paling sesuai untuk memulakan entry ku ini. Abaikan. Straight to the point....aku seorang gadis poyo yang bercita-cita kahwin ala2 selebriti mat saleh. Walaupun kedengaran agak sadis di situ, namun ada aku kesah? Muahaha.

Sebenarnya dari zaman sekolah aku memang nak sangat berkahwin sebegini. Kalau boleh nak yang jimat kos je tapi kelaz kau maria! Senang bakal suami aku nanti, tak payah nak susah susah kumpul duit bebanyak kan. Well aku ni pon tak demanding sangat..*alahai baik anak mama. Actually lah kan..kalau korang nak tau, kos wedding cenggini tak telan duit sangat. Nampak macam fancy je. Konon-konon private wedding gitu. Kalau kreatif, bajet around 10K je sayang. Ah!

Untuk mengkreatifkan dan menghangatkan lagi..senang je zaman sekarang dua poloh hempat jam ngadap lappy dan apa lagi? Aku google aje lah. Next, aku join PINTEREST. Boleh main pin pin kat situ. Ha pinterest ni banyak gila idea idea yang aku boleh cilok buat kegunaan wedding aku nanti.

Sangat inspirational kan? Ya aku tau. Tu belom lagi korang klik satu satu. Dalam ni korang boleh cari apa je yang korang nak. Head to toe okay? Dah sign up belom? Kalau belum, meh meh kita rajin sikit sign in bende ni. Informative sangat bagi orang yang kreatif macam aku*yucks.


Ye bagaikan gambar di atas, memandangkan aku stay kat langkawi, boleh je reserve mana2 tapak pantai sikit kan. Ha dapatlah jugak merasa wedding cenggini kelaz haaa. Memang kalau stick to the plan, nak buat tepi pantai je. Tapi dilemma. Ada baik buruknye jugak. Buatnye time tengah makan tu datang puting beliung...gigit jari lah jawabnye. Pakat hambat semua orang balik! *tak nak2... 

To solve this problem..ingat nak reserve kat taman taman around langkawi je. Confirm happening dengan budak budak lalu lalang kan. Boleh jugak memupuk sifat cintakan kanak kanak*ewahhhh! Whatever lah kan. Yang penting jadi...

End here lah..berserabut pulak. Have a nice day. xo

Saturday, November 9, 2013

KAHWIN MUDA (GIRLS ONLY)

Wah sememangnya idamanku untuk berkahwin di usia muda. Malam-malam cenggini, time sedap2 bermain dengan Cumi*kucing abnormalku.. jauh pulak fikiranku melayang diangkasa raya. Berbekalkan sedikit minuman bergas, terus kelia otak dan berazam untuk terus dan terus rajin mengupdate blog. Hihi.

Gambar sape lah aku rembat ni. Sorry google.
Bagi usia seperti aku, orang kata dah cukup akai lah kan, 20 tahun menyedut asap memang dah patut kahwin dah. Istilah kahwin jangan disalah erti ye?*sengal. "Jiwaku bergelora seperti ombak yang bertungkus lumus membelah pantai*ewah" Inilah jiwa perempuanku.

Tambah pulak dengan rakan rakan yang dah beranak pinak..jelesnya. Berdebar je hati tatkala melihat wajah suci bayi yang baru dilahirkan. Ikutkan hati, mahu saja tampal poster "gadis untuk dinikahi" kat batang batang pokok tu ha. Tapi apakan daya, hati masih menunggu seseorang yang dicintai datang melamar*cuihh poyo.

Bab duit..memang tak ready. Dunia sekarang memang perlu suami isteri kerja. Bukan macam zaman dulu dah..isteri kerjanya kemas rumah, jaga anak, angkat kain malam Jumaat*ehem2! Perempuan zaman sekarang memang kena bekerjaya lah kan. Buat duit sendiri. Tak payah nak bergantung sangat pada lelaki..sebab apa? One day jangan gigit jari, gigit kaki, gigit segala gigitlah kalau ditinggalkan.

Pepatah cinta mengatakan "cinta adalah segalanya". Oh no girls! Wake up. Bangunlah dari mimpi mimpimu. Dunia sekarang susah nak hidup tanpa duit..tanpa berwang..bukan beruang yep! Cinta? Lelaki dah tak pandang dah semua tu. Yang diorang nampak..Uwang ya ibu-ibu bapak-bapak....Namun bagi perempuan, cukuplah sekadar dicintai dengan sepenuh hati.

Bagi gadis macam aku, tak denye nak demand demand mintak itu ini. Cukuplah sebuah keluarga kecil yang dibina berdasarkan cinta dan kasih sayang. Argh i wish he knows. Kita sebagai girls bukan nak over push sangat. Kita faham. Tetapi..i wish mereka mengerti. Phewhh..Post aku ni dah over feeling sangat dah ni. Dah lari topic terbanggg ke langit, pusing pusing kat alam semesta raya dan patah balik terjun ke laut Antartika! Stressnya kepala!

*Maaf kalau aku TER'menyetan'kan diri. Opps!

“HAPPINESS [is] ONLY REAL WHEN SHARED”― Jon KrakauerInto the Wild 

Well, goodnight starlights! xo

Friday, November 8, 2013

5 K CINTA JARAK JAUH.

Hi readers!



Since aku bersemangat tahap gaban ni, i want to share a bit about Cinta Jarak Jauh. What's mean by Cinta Jarak Jauh ni? Ia bermaksud*cewah berhubungan tanpa masing masing disisi. Hehe..budak sekolah rendah pon tau kan...well...aku mengalaminya..almost 7 months...sabar jugaklah! Hok Hok*coughing hardly.

Cinta Jarak Jauh ataupun lebih dikenali sebagai Long Distance Relationship (LDR) tersangatlah menyeksakan. Contohnya, sebelum ni kalau time seronok seronok tengok tv kat rumah tu, ada yang main main rambut kite..or..time tengah masak ke, boleh bajet cun ala ala chef la konon pandai masak lah kan. Nak nak pulak masak untuk yang tercinta. Hmm kalau tiba tiba datang rindu? Boleh je terkam terus kan? Aumm*merapu.

Semua ni kena pandai handle okay. Jangan ikut emosi sangat*hehe aku pon emo jugak! Arghhh. Enough bubbling, let's take a look on our point. Girls or Boys, ayuh sediakan kuali, minyak, bawang, garam gula dan mari kita GORENG hubungan ini. Yeah!


Kepercayaan / Believing
Girls, boys..relax..percaya pada pasangan anda. Tak semestinya korang tak dapat check phone dia it means dia ada yang lain kan? Kepercayaan kepada kekasih adalah yang paling utama untuk menjayakan hubungan macam ni. Kalau masing masing boleh buka hati dan percaya, jarak bukanlah satu masalah. Right? Aku nak petik sikit ayat jiwang ni*no laughing okay! ~Hanya ajal dan maut dapat memisahkan kita~*ewahh.

Komunikasi / Communication
Okay..zaman moden ni confirm semua ada phone kan? Laptop ke? Ya jangan jadikan ini sebagai halangan. Dunia dah canggih. Whatsapp ada, Wechat ada..apa lagi? Kakao talk? ohh skype*i used that often. Macam macam cara boleh communicate each other. Kalau susah sangat pon post je surat macam dulu dulu. Baru ada feel kan. Rajin rajin kan lah jari jemarimu menaip/menulis ayat ayat cinta ni. Silap silap boleh buat si dia angau pulak kan. Who knows?

Keep Updating.
Walau rapat macam mana sekalipun korang, even macam belangkas sekalipun,,lama lama kalau terpisah macam ni mesti hubungan renggang kan? Jadi sudi sudi lah tanya khabar. Jangan ego sangat. One of you guys should mengalah. Ala bukannya nak tanya apa sangat pun. Cukup dengan mulakan dengan "Hi, you sihat ke?, Dah makan ke sayang?, Dah mandi ke ucuk?*Hehe kalau nak over pon apa salahnya kan..."

Keep doing activities.
Banyak banyak kan lah buat aktiviti daripada nak fikirkan si dia tu. Cuba tolong mak masak ke*aku baru tengah belajar2 nak jadi rajin..hehe. Ha tak pun capai segala kunci yang ada, KELUAR makan angin. Tengok movie ke? Kalau jenis macam aku yang tinggal kat Langkawi ni, habiskan je masa bercengkerama di tepi pantai. "Lari lari anak sambil membiarkan hembusan angin menyelak helai demi helai rambutku.." Okay, mengada!

Keep his belongings.
Bagi perempuan gedik macam aku ni, cukup lah baju si dia yang menjadi kain busuk aku. Janji boleh tidur malam sudah. If you guys rajin lah..mintak lah something yang boleh lepaskan rindu. Tangkal kencing malam dia maybe......????

Teman tidurku..

Have a nice day readers, ola!




DEEP IN MY HEART

Assalamualaikum..guess what??? It's November 2013! Ahhh lama bapak ahh tak update blog puaka ni..i mean..terlalu bahagia sampai semua yang berlaku aku bermonolog dalam hati je cewahh..

Erm post kali ni khas untuk si dia tercinta...kalau agak memalukan mintak tolong tutup mata bukak telinga luas luas..hihi..

Actually i have another blog najmisafierazamri.blogspot.com ..tetapi..since account lama ni dah boleh bukak, sayang lah kan..continue..and start a new life...



Hergh let's not take a look at the picture above okay? Ya aku sedar..memalukan disitu..but biarlah apa orang nak kata...it's my blog right dear? Enough mengarut..meroyan..menggila..apa lagi? menyetankan diri..kuang kuang kuang..Actually aku ni memang seorang yang agak kurang waras kan? Cepat distract..pelupa..agak blurrrrrrrry. Ahhhh!

Sebenarnya...urmm "dan sebenarnya ku mengharapkan disebalik senyumanmu itu..kau juga..." hampir tujuh bulan bersama. Tapi rasanya macam forever kenal and having fun sama sama. Tujuh bulan tetapi hubungan agak down. Yelah maybe aku salah kerana terlampau ingin bersama dengan si dia kan..mungkin banyak push dia kot. He get stressed and diamkan diri.

Dia hadir bagaikan sinar cahaya yang menyinari hati selepas berkurun in THE DARK WORLD..eh sape dah tengok THOR 2? Best kan? Hah si dia ni lebih kurang macam King Boar tokwan si Thor son of Odin yang berjaya mengembalikan cahaya dari kegelapan setelah berkurun kurun lamanya...

Kesimpulannya disini..aku tak tau sepatah haram ape yang aku mengarut..and tak tau point ape yang aku nak tuju sebenarnya..Apa yang aku tau..si jantung hati aku ni makin jauh..Puas aku google cara nak kembalikan hubungan..nak panaskan cinta..i hope berjaya selamatkan hubungan ni. Berdoa pada Allah agar semuanya kembali pada yang asal dan bukakan hati si dia untuk terima cinta aku yang tahap maksimum ni. Amin.

*Abang...syg akan fight habis habisan untuk hubungan kita...dan kalau nak tau, syg ada projek besar tengah nak naikkan tembok besi sekeliling pagar kat taman kita tu...ehehe..tunggu...jojo kecik takkan boleh lari lagi...i love you.



with love, xo