nuffnang ads

Tuesday, November 12, 2013

ISTERI SEBAGAI SUAMI?

Ola.



Rasa-rasanya faham tak tajuk kat atas tu? Yup entri hari ni bernada serius okay. No more laughing. No more merapu-merapu, no more meraban time-time cenggini. Huargh*okay megantuk! Actually tajuk kat atas tu bukannya aku expert sangat memandangkan aku masih bujang kan. So i've never ever been through that kind of problemos or situationos*kuang kang kang! Maaf! Dah biasa ter'gila begini. Maaf ya? Okay, getting serious now. Entry kali ni aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sebagai permerhati or mata-mata masyarakat ya! Bukan nak jaga tepi kain orang, tetapi aku mengambil semua ini sebagai iktibar dan perngajaran bagi aku supaya tidak terlalu mengikut nafsu cinta semata-mata. Sebaiknya, kenal pasangan anda sebelum membuat keputusan untuk mengahwininya.

Hmm masa bercintalah dikatakan masa yang paling indah dalam kehidupan ni kan? Ku akui. Bila bercinta, kita menjadi lupa semua masalah kita. Masalah di kolej, di tempat kerja, masalah keluarga, masalah kewangan or else. Konon-konon dapat bila tatap muka si kekasih hati ni, semua masalah boleh selesai lah kan? Whatever lah. Setiap orang ada ceritanya yang tersendiri. Mengambil langkah pendek dengan percaya pada kata-kata cinta sang kekasih yang masih belum matang membuat keputusan...ha..dapat lah habuannya.

Perempuan dilahirkan dengan hati yang sangat lembut dan terlalu mudah sensitif. Lelaki, what should they do? They should've protect us! Lately, keliling aku banyak sangat aku tengok isteri-isteri yang bertungkus lumus mencari rezeki yang sepatutnya dilakukan oleh suami. Apa tugas si suami? NONE. Suami sebagai ketua keluarga. Tapi yang aku lihat sebahagiannya memang fail. Hanya ketua keluarga pada nama. No offense. Sebilangan lelaki begini mempunyai akal yang cetek sehinggakan sanggup membiarkan isteri memikul segala beban dan tugas yang sepatutnya dilakukan olehnya. See..? Kahwin muda sometimes adalah puncanya. Mengapa? Kerana pada ketika ini masing-masing baru nak rasa apa itu dunia.

Aku bukan bercakap pandai. Aku hanya salah seorang manusia yang memerhatikan dan kadang kala mendengar masalah mereka. Sebagai perempuan, aku mengerti. Nasib yang harus ditanggung sebagai seorang isteri malah menjadi suami sekaligus. Si suami seharusnya berkongsi masalah ini. Jangan nak lepas tangan je. Alih-alih tengok bola je. Or jangan kira nak tibai malam Jumaat je*faham kot.

Masalah macam ni memang selalu sangat berlaku. Some of you guys pon sure pernah tengok masalah macam ni kan? Well padanlah isteri lari tinggalkan keluarga. Husband should be husband. Ape pon, aku hanya mampu berdoa agar these kind of people mengecapi kebahagiaan yang tak terhingga suatu hari nanti. Masalah sebegini aku ambik pengajaran lah supaya one day aku dapat pilih lelaki yang protective dan tegas orangnya. Amin.

For isteri yang macam ni, I called them INDEPENDENT wives or EVERYTHING wives! Be strong and one day you'll conquer your own world. For sure, that time, you don't even knew your man.


“The trouble with some women is that they get all excited about nothing - and then marry him.” - Cher

Selamettt Malemmm readers. xo

No comments:

Post a Comment