nuffnang ads

Saturday, November 9, 2013

KAHWIN MUDA (GIRLS ONLY)

Wah sememangnya idamanku untuk berkahwin di usia muda. Malam-malam cenggini, time sedap2 bermain dengan Cumi*kucing abnormalku.. jauh pulak fikiranku melayang diangkasa raya. Berbekalkan sedikit minuman bergas, terus kelia otak dan berazam untuk terus dan terus rajin mengupdate blog. Hihi.

Gambar sape lah aku rembat ni. Sorry google.
Bagi usia seperti aku, orang kata dah cukup akai lah kan, 20 tahun menyedut asap memang dah patut kahwin dah. Istilah kahwin jangan disalah erti ye?*sengal. "Jiwaku bergelora seperti ombak yang bertungkus lumus membelah pantai*ewah" Inilah jiwa perempuanku.

Tambah pulak dengan rakan rakan yang dah beranak pinak..jelesnya. Berdebar je hati tatkala melihat wajah suci bayi yang baru dilahirkan. Ikutkan hati, mahu saja tampal poster "gadis untuk dinikahi" kat batang batang pokok tu ha. Tapi apakan daya, hati masih menunggu seseorang yang dicintai datang melamar*cuihh poyo.

Bab duit..memang tak ready. Dunia sekarang memang perlu suami isteri kerja. Bukan macam zaman dulu dah..isteri kerjanya kemas rumah, jaga anak, angkat kain malam Jumaat*ehem2! Perempuan zaman sekarang memang kena bekerjaya lah kan. Buat duit sendiri. Tak payah nak bergantung sangat pada lelaki..sebab apa? One day jangan gigit jari, gigit kaki, gigit segala gigitlah kalau ditinggalkan.

Pepatah cinta mengatakan "cinta adalah segalanya". Oh no girls! Wake up. Bangunlah dari mimpi mimpimu. Dunia sekarang susah nak hidup tanpa duit..tanpa berwang..bukan beruang yep! Cinta? Lelaki dah tak pandang dah semua tu. Yang diorang nampak..Uwang ya ibu-ibu bapak-bapak....Namun bagi perempuan, cukuplah sekadar dicintai dengan sepenuh hati.

Bagi gadis macam aku, tak denye nak demand demand mintak itu ini. Cukuplah sebuah keluarga kecil yang dibina berdasarkan cinta dan kasih sayang. Argh i wish he knows. Kita sebagai girls bukan nak over push sangat. Kita faham. Tetapi..i wish mereka mengerti. Phewhh..Post aku ni dah over feeling sangat dah ni. Dah lari topic terbanggg ke langit, pusing pusing kat alam semesta raya dan patah balik terjun ke laut Antartika! Stressnya kepala!

*Maaf kalau aku TER'menyetan'kan diri. Opps!

“HAPPINESS [is] ONLY REAL WHEN SHARED”― Jon KrakauerInto the Wild 

Well, goodnight starlights! xo

5 comments:

  1. hihi.. kwn cik teha pun baru2 ni kawen.. baru umur 18.. degn guru kelas sniri plak. hehe... nantikan entry pasal tu ye :)

    ReplyDelete
  2. semoga cepat kawen...
    klu dah jodoh, apa tunggu lagi
    go on je

    ReplyDelete
  3. Jom baca kisah2 best di internet >> http://kisah-best.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Kawin la dengan I kawin lah dengan I....

    ReplyDelete